Thursday, June 16, 2011

MASURI S.N.

Tidak boleh kita meninggalkan nama Masuri S.N. apabila membicarakan tentang puisi Melayu. Puisi Melayu yang berkembang awal tahun 1930an dan sampai ke kemuncaknya pada tahun 1960an, telah membariskan nama Masuri S. N. sebaris dengan Usman Awang, Noor S.I., Ngumba dan lain-lain. Masuri S.N. atau namanya Masuri Salikun lahir di Geylang Serai, Singapura pada 12 June 1927. Beliau pernah menggunakan nama pena Martina. Didikan awalnya diterima di Sekolah Melayu Teluk Kurau dan Geylang di Singapura pada tahun 1933 hingga 1940 ketika pendudukan tentera Jepang. Pada tahun 1946, beliau menjadi guru pelatih apabila Singapura diperintah kembali oleh pihak British Militery Administratrion ( MBA ) Pada tahun tersebut juga Masuri telah terpilih melanjutkan pelajarannya ke Sultan Idris Training Collage ( SITC ) di Tanjung Malim, Perak sehingga tahun 1946.

Kemudian Masuri mengajar di Sekolah Rendah di Singapura. Di samping itu dia turut mengikuti kelas Bahasa Inggeris di Mercantile Institution dan South Malayan Chinese Associtions ( YMCA ) College pada waktu malam. Pada tahun 1961, mata pelajaran Melayu untuk sekolah Menengah Melayu, beliau antara guru Melayu yang terpilih mengajar bahasa dan Sastera Melayu di sekolah Menengah Sang Nila Utama, Singapura. Pada tahun 1971, Masuri dilantik sebagai Guru Besar Sekolah Melayu Tanah Merah hingga beliau bersara pada 12 June 1971.

Puisi-puisi yang tercipta pada zaman Jepang ialah Ros Kupuja dan Bunga Sakura. Pada tahun 1950, beliau bersama Mas, Hamzah, Kris Mas, Jymy Asmara serta 14 temannya yang lain telah menubuhkan Angkatan Sasterawan 50 ( ASAS 50 ) di Singapura. Antara kumpulan puisi ialah Awan Putih ( 1958 ) Suasana ( 1962 ) Dikatakan bahawa puisinya Tiada Peduli ( 1951 ) Seribu Harapan ( 1951 ) Kota Singapura merupakan puisi yang bersemangat kebangsaan. Kumpulan puisinya yang lain ialah Bunga Pahit ( 1967 ) Selagi Hayat diKandung Badan ( 1970 ) Dalam Makna ( 1984 ) Singgah ( 1987 ) Sajak-sajak Pilihan Masuri ( 1990 )

Selain puisi Masuri juga menulis cerpen. Kumpulan cerpennya Lukisan Rasa ( 1960 ) cerpen yang ditulis sepanjang tahun 1948-1952. Kumpulan cerpen Dunia di Sebalik Dunia ( 1992 ) adalah cerpen yang ditulis sepanjang 1970-1990. Manakala Matahari Malam dan Ulang Baca merupakan kumpalan skrip drama pentas. Kumpulan eseinya ialah Sekitar Sajak dan Perkembangannya ( 1965 ) Puisi Moden Singapura ( 1968 ) Pengakuan dan Penglahiran Seorang Penulis ( 1983) Beliau sering mendapat hadiah antaranya Malam Pertama ( 1978 ) Begitu Kata-Kata ( 1980 ) serta beberapa eseinya juga memenangi hadiah. Beliau menerima S.E. A. Write Award pada tahun 1980.


Puisi yang paling diingati ialah Ini Nasi Yang Kusuap.

Ini nasi yang kusuap
pernah sekali menjadi padi harap
dilentok dipuput angin pokoknya kerap
tenang berisi tunduk menatap

Ini butir nasi yang kukunyah
sedang kutelan melalui tekak basah
jadi dari darah mengalir
dalam badan gerak berakhir

Angin kencang mentari khatulistiwa
membakar raga petani di sawah
panas hujan dan tenaga masuk kira
dan nasi yang kusuap campuran dari manusia

Ini budi yang kusambut
pemberian lumrah beranting dan bertaut
ini rasa hasil dari - kerja
kembali pada siapa yang patut menerima

Jadi yang kumakan bukan berasal dari nasi
tapi peluh, darah, dalam  ini mengalir pasti
jadi kutelan bukan berasal dari padi
tapi dari urat dari nadi seluruh pak tani

( dipetik dari Puisi Melayu Baharu )


rujukan

1. Ensaiklopedia Sejarah dan Kesusasteraan Melayu ( DBP, 1994 )

No comments:

Post a Comment