Thursday, June 16, 2011

GOENAWAN MOHAMAD - SOSOK PENUH RAHASIA

 
Nama Goenawan Mohamad dalam sastra Indonesia mempunyai kedudukannya yang tersendiri. Dalam dunia penulisan, beliau menulis puisi, esei dan kritikan. Namun beliau begitu sinonim dengan kolumn yang mengkritik jagat sastra, budaya, sosial dan masyarakat. Tulisan beliau menempati banyak ruangan akhbar dan majalah lokal dan antarabangsa antaranya Sinar Harapan, Kompas, Horison, Tempo, Sastra dan Budaya Jaya. Dari sinilah masyarakat dapat membaca pemikiran Goenawan.

Dalam bidang penulisan puisi, kumpulan puisi yang telah diterbitkan ialah Pariksit ( 1971 ) Interlude ( 1973 ) Sementara kumpulan eseinya ialah Potret Seorang Penyair Muda Sebagai Malin Kundang ( 1972 ) Catatan Pinggir 1 dan 2 ( 1981 ) Beliau juga menterjemahkan karya Muhamad Iqbal, Penilaian Kembali Pemikiran Agama Dalam Islam ( 1966 ) bersama Ali Audah dan Taufiq Ismail.

Goenawan Mohamad dilahirkan pada 29 Juli 1941 di Batang, Pekalongan, Jawa Tengah, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Goenawan Soesatyo Mohamad. Pada tahun 1960, beliau telah menamatkan Sekolah Menengah Atasnya ( SMA ) sebelum ke Fakultas Psikologi, Universitas Indonesia di Jakarta. Pada tahun 1965-1966, beliau ke Kolej Brugge, Belgium dalam bidang sains politik. Sekembalinya ke Indonesia, beliau menumpukan dalam bidang kewartawanan dan menjadi sidang pengarang dan ketua pengarang akhbar dan majalah di Indonesia, antaranya Harian Kami, Ekspres, Horison, Tempo dan Zaman. Beliau juga dilantik menganggotai Dewan Kesenian Jakarta dan Dewan Penasihat majalah Horison.

Di sisi lain Goenawan dilihat sebagai penentang gerakan Lembaga Kebudayaan Rakyat ( LEKRA ) dan Parti Komunis Indonesia ( PKI ) Beliau bersama Soe Hok Djin ( Arif Budiman ) H.B. Jassin, Ras Siregar, Wiratmo Soekito dan Taufiq Ali, menyatakan pendirian mereka secara terbuka dan menandatangi Manifes Kebudayaan ( Manikebu ) pada tahun 1963. Pihak LEKRA dikatakan dibelakangi oleh Pramoedya, orang penting mengeboq rakan-rakan sastra. Di sinilah letak pergeseran dunia sastra Indonesia. Goenawan dilihat sangat bersetuju dengan Orde Lama dan Orde Baru yang memberi kesempatan mengeboq kembali Pram. Ketika Pram diasingkan di Nusa Kembangan dan Pulau Buru, Goenawan antara yang pernah menziarahi Pram. Namun Pram menerimanya dengan tawar kunjungan tersebut seperti yang diceritakan dalam Nyanyi Sunyi Seorang Bisu. Begitu juga hubungan panas-dingin Pram-Jassin seperti yang pernah saya tuliskan ( lih. Djazlam Zainal : Panas-Dingin Hubungan Pram-Jassin, Fesbuk, April 2011 ) Goenawan terus memacu keriernya di zaman Orde Baru. Beliau menerbitkan majalah Tempo dan sesekali mengkritik penguasa yang tidak demokratik terhadap pendesaknya hingga beberapa kali Tempo pimpinannya dilarang terbit. Selain Goenawan, ketika itu Rendra juga vokal terhadap penguasa namun Rendra agak sentral pandangannya. Rendra sering dianggap pahlawan. Goenawan tidak. Setelah melalui jaman reformasi, Goenawan adalah tulang belakang komunitas Utan Kayu yang menampilkan beberapa penulis muda berkreasi baru antaranya Ayu Utami. Sebelumnya, kegiatan kemasyarakatan Goenawan menghasilkan beberapa anugerah antaranya Anugerah Seni oleh pemerintah Jakarta dan Hadiah Macsaysay dari kerajaan Filipina.

Jaman pembebasan Pram, adalah jaman seru terhadap Goenawan dan rakan-rakannya. Antaranya melihat ketokohan Pramoedya. Hukuman tanpa bicara Pram juga meragukan Pram berada di pihak yang bersalah. Ketika dunia melihat Pram dengan sebilangan karya-karya bertaraf dunia dan mampu meraih Hadiah Nobel, Pram tercalon mendapat Anugerah Magsaysay. Goenawan terpaku. Pram mula mendapat pengiktirafan dunia. Beliau pun mengeluarkan amarahnya, saya akan pulang balik Anugerah Magsaysay sekiranya Pram diberi anugerah tersebut. Di pihak Jassin penelaah berwibawa, mengambil sikap berhati-hati, tidak menentang penganugerah itu pun tidak gembira dengan pemberiannya. Baginya, Pram tetap tercalit warna hitam dalam Manikebu dan jaman suram politik Indonesia.

Bagi yang mengenali Goenawan dan meminati Pram, hal ini menggusarkan. Goenawan mahu pun Pram telah memberi sumbangan masing-masing dalam melestarikan sastra Indonesia di mata dunia. Kedua-duanya memperteguh dan percaya dengan edialismenya. Pram sanggup terpenjara sepanjang usia mudanya. Hal ini sangat merugikan dunia intelektual sastra di nusantara yang sangat muda usianya ini. Goenawan juga merasakan kurang senang bila Malaysia sendiri memberi penghormatan tinggi kepada Pram di mana bukunya Keluarga Gerilya digunakan untuk mata pelajaran sastra di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan. Tetrologi Bumi Manusia, Anak Semua Bangsa, Jejak Langkah dan Rumah Kaca menjadi best seller dengan ribuan empler telah terjual. Di Indonesia sendiri para mahasiswa dan peminat Pram membaca tetrologinya dengan menyoroknya di bawah bantal. Begitulah eronisnya Goenawan-Pram mencitrakan dunia sastra Indonesia.

Hanya Pram dan keluarganya yang mengerti tentang sikapnya terhadap LEKRA. Namun semuanya seakan mulai menyinar sekarang.


rujukan

1. Ensaiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu ( DBP, 1994 )
2. Ingatan-Ingatan yang bersimpang siur.

RALAT

1. ADA KESILAPAN FAKTA IAITU HADIAH MAGSAYSAY DITERIMA OLEH MOECHTAR LUBIS DAN BUKANNYA GOENAWAN MUHAMAD. OLEH YANG DEMIKIAN, GOENAWAN MOHAMAD TIDAK KENA MENGENA DENGAN HAL PEMULANGAN HADIAH MAGSAYSAY SEPERTI YANG TERCATAT DALAM ENTRI PENDEK INI. HARAP MAAF.


Sosok Sastrawan Indonesia Yang Menyimpan Rahasia Suka Duka
Jaman Lampau

No comments:

Post a Comment