Thursday, June 23, 2011

MUCHTAR LUBIS : JALAN TAK ADA UJUNG

Muchtar Lubis
 Dua buah novel yang mengingatkan kita kepada Muchtar Lubis ialah Jalan Tak Ada Ujung dan Harimau! Harimau! Jalan Tak Ada Ujung (1952) mendapat Hadiah Sastra Nasional Badan Musyuiarah Kebudayaan Nasional dan Harimau! Harimau! (1975) memperoleh Hadiah Buku Utama departmen Pendidikan dan Kebudayaan. Novel lain yang ditulis oleh Muchtar ialah Tidak Ada Esok (1950) Senja di Jakarta (1963) Tanah Gersang (1966) Maut dan Cinta (1977) dan Manusia Indonesia (1977) Cleira Holt menterjemahkan Senja di Jakarta dengan jodol The Twilight in Jakarta (1963) dan Florence Lamoureux menterjemahkan Manusia  Indonesia dengan jodol  We Indonesia (1979)

Kumpulan cerpennya pula ialah Si Jamal ( 1950 ) Perempuan ( 1955 ) Kuli Kontrak ( 1982 ) Muchtar juga menulis novel kanak-kanak dan menterjemahkan karya-karya asing ke dalam bahasa Indonesia antaranya karya Irwin Show, F. Scott Fitzgerald, William Saroyan, Steinback dan lain-lain. Muchtar selain penulis kreatif juga dikenali sebagai tokoh wartawan Indonesia. Dilahirkan pada 17 Maret 1922 di Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Bapanya bernama Raja  Pandapotan Lubis dari Muara Suro ( Simanambin ) Tanapuli Selatan. Bapanya pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis di Kerinci, Sumatera barat ketika pemerintahan Belanda. Mendapat pendidikan awalnya di Padang dan meneruskan pelkajarannya di Sekolah Ekonomi S.M. Latif di Kayutanam, Sumatera Barat. Kerier pertamanya sebagai guru di Pulau Nias. Beliau pernah bekerja di Jakarta dengan bank Factoriij, radio melitari Jepang di jaman Jepang memerintah Indonesia. Kebolehan istimewa Muchtar ialah menguasai pelbagai bahasa antaranya Inggeris, Prancis, Jerman dan Spanyol yang membolehkan beliau menubuhkan agensi berita Antara dan beliau bertindak sebagai pengarahnya.

Pada tahun 1947, beliau menjadi editor akhbar Masa Indonesia. Juga menjadi wartawan akhbar Merdeka dan ketua editor majalah Mutiara. Muchtar mejadi akhbar Indonesia Raya pada tahun 1949 hingga 1974. Sejak tahun 1966, beliau menjadi ketua majalah Horison. Mulai 1970 beliau menjadi pengarah Yayasan Obor.

Zaman pancaroba Muchtar bermula pada tahun 1956, apabila presiden Soekarno menganggap tulisan-tulisan Muchtar membahayakan bangsa dan negara lalu memenjarakan beliau. Setelah 10 tahun iaitu pada 17 Mei 1966. Muchtar dibebaskan  oleh presiden Soeharto. Catatan di penjara telah dibukukan iaitu Catatan Subversif ( 1980 )
Sebagai seorang tokoh wartawan, Muchtar pernah dianugerahkan Anugerah Ramon Magsaysay daripada kerajaan Filipina pada tahun 1958 dan hadiah Pena Emas daripada World Federation of Editors and Publishers. Muchtar juga mendapat penghormatan dengan menjadi Presiden Press Foundition of Asia dan anggota Majlis Pimpinan Internasional Assiocaation for Cultural Freedom dan anggota Federation Mondial
pour Iess Etudes sur le Futur. Pengalamannya dalam bidang kewartawanan ini dibukukan dalam beberapa buku antaranya Perlawatan ke Amerika Serikat ( 1951 ) Perkenalan di Asia Tenggara ( 1951 ) Catatan Korea ( 1951 ) dan Indonesia di Mata Dunia ( 1955 )

Sebagai wartawan, Muchtar tidak saja menulis tetapi juga ditulis. Dalam Nyanyi Sunyi Seorang Bisu, Pramoedya menulis;

Waktu ia datang untuk menjabat komandan A.S. Rangkuti memanggil aku ke unit II. Ternyata ada dua orang menteri RI yang hendak bertemu denganku, menteri sosial dan menteri agama, Mintareja dan Mokti Ali. Mintareja menawarkan apa yang ia dapat bantukan. Kontan aku bilang, tanpa malu-malu, kacamata dan Langue et Civillisation Francaisen jilid II dan III, sebagai basa-basi, demi sang pengalaman, dan jangan sampai mengharap jadi kenyataan. Dan memang tidak pernah jadi kenyataan. Angin-anginnya pun tak ada. Waktu itulah Rangkuti membawa aku ke ruang belakang dan memperkenalkan pada Samsi M.S. dengan kata-katanya yang mencuba bergurau: Ini, rajanya yang baru.

Kalau A.S. Rangkuti bekas bintang film itu mencuba mengesani lingkungannya sebagai seorang ' well-bred ', Samsi meninggalkan kesan sebagai orang dalam keadaan penasaran abadi. Berita-berita yang tersadap dari tapol pekerja rumah dinasnya dapat dideretkan sbb: ia seorang perwira Kajang, memilih beberapa belas hektar kebun cengkeh di Tasikmalaya. Seorang yang sekali setahun mandi, pada hari tanggal satu syura' menggunakan perfum Prancis, yang katanya cukup dioleskan pada suatu bagian tubuh, kemudian lewat jaringan menyebar ke seluruh tubuh, di kantongnya selalu ada coklat.

Semasa Letkol Samsi M.S. harapan tapol untuk bisa kembali ke Jawa ditumpas. Unit-unit diperintahkan  membuat papan-papan besar dengan rencana pemerintah, mengaitkan tapol dengan transmigrasi kusus dengan melalui tahab-tahab penilaian. Papan besar semacam itu juga dipasang di perempatan-perempatan yang strategis. Yang membaca adalah para tapol, pejabat dan pejabat tamu. Aku kira penduduk ada tidak pernah membacanya. Mereka, di pedalaman itu belum sempat belajar membaca. Papan-papan itu sebagai penyataan loyalitas para pejabat pada pemerintahnya menyambut kedatangan rombongan Jeneral berbintang empat, Soemitro Pangkopkamtib. Kedatangannya memporakperandakan kandungan papan-papan besar yang dipamerkan. Soemitro justru menjanjikan pembebasan dalam waktu dekat.

Dalam rombongan itu terdapat Jaksa Agung Ali Said dan rombongan wartawan, antaranya Rosihan Anwar dan Muchtar Lubis! ( Nyanyi Sunyi Seorang Bisu, hal. 288 )

Nah! begitulah sang penulis.

No comments:

Post a Comment