Friday, January 31, 2014

tentang feri ini

tentang feri ini
ia nostalgia lama
tentang ikatan silaturahmi keluarga
saya di kelang dan mak tuo di parit serong
tanjung karang
saling berkunjung barang sebulan
dan feri inilah
jalan perhubungan

tahun itu kira-kira hujung tahun 60-an
kerana saya pun masih kecil trang-tang-tang
di buritan kami sekeluarga berpapasan
kenderaan di depan
saya lihat emak pun mengulung kreteknya
lalu menghisapnya

inilah sungai kuala selangor yang lebar
airnya tidaklah bergelombang tapi menyimpan kenangan
sungai ini ratusan tahun menjadi laluan dagang
juga kuala untuk memulakan serangan
dari bangsa serumpun juga bangsa penjajah
yang berulang sejarah jarah menjarah

kini ia menjadi kenangan
peristiwa lama yang tak akan berulang
kepada anak-anak zaman modenisasi
kau dengarlah riwayat sungai yang derita
juga ibu-bapa yang telah mengadun tawarikh
menjadi lagenda


1 rabiulakhir 1435/ 1 februari 2014

No comments:

Post a Comment