hanya secangkir resah
menjadi minumanku
bulan tercalit darah
di pusaraku
angin mendesir
entah kapan berakhir
aku nampak bayang kelabu
menyapa pundakku
engkaukah itu saudara
sinis suaranya
ya, akulah yang duduk di beranda
menanti kau tiba
aku akan permisi
katamu, membelakangkan aku
aku pun telah lama membunuhmu
dari ingatanku
17 rabiulakhir 1435/ 17 februari 2014
DIKIR ORANG TIMUR
Monday, February 17, 2014
TANGIS
hanya ada tangis
bila jarak berubah
hanya ada tangis
bila ada andaian makna
hanya ada tangis
bila paksi berubah waktu
hanya ada tangis
bila taubat terhambat di pintu
16 rabiulakhir 1435/ 16 februari 2014
bila jarak berubah
hanya ada tangis
bila ada andaian makna
hanya ada tangis
bila paksi berubah waktu
hanya ada tangis
bila taubat terhambat di pintu
16 rabiulakhir 1435/ 16 februari 2014
TANYA
gunung kelud
kediri
jawa timur
aku bertanya
kenapa kaugandakan
murka
hingga tak kutebak
wajah neraka?
15 rabiulakhir 1435/ 15 februari 2014
kediri
jawa timur
aku bertanya
kenapa kaugandakan
murka
hingga tak kutebak
wajah neraka?
15 rabiulakhir 1435/ 15 februari 2014
DI PERKAMPUNGAN MALIM
ini tanah yang kaujadikan ladang mimpi
dengan sungai mengalir dan flora yang tumbuh meliar
di sini kau dengar cengkerik yang merdu berzikir
mata punai dari pohon rendah menjenguk hadir
sayup roma dari gunung dan cahaya redup yang menurun
wap tanah menjunjung resah ke tubir makrifat
ini tanah yang kaujadikan taman inderawi
para seniman dan penyair melaga dan meladam puisi
di sini akan tumbuh tunas rebung dan putik-putik anggur
seperti kelinci yang menari di tanah gurun kering
terpencil setiap jari dari lunak irama paluan nadi
di bawah mentari gua tempurung yang dikabarkan misteri
lembah-lembah kaudirikan tapak lestari
para karyawan berbudi di bawah ajakan naluri
inilah kebun nubari yang diimpikan oleh seniman
khazanah berzaman yang diwariskan untuk dikenang
baju telah kaubuka berdiri mercup siaga dalam dada

EMPAT KARYA PEMENANG, DI MANA KEKUATANNYA
Sesebuah karya, apabila telah sampai ke tengah khalayak, maka karya
itu tidak menjadi hak peribadi pengarangnya. Karya itu sudah menjadi hak
masyarakat untuk membahas, memperkata sama ada baik atau buruk. Banyak
pengarang takut berhadapan dengan hal ini. Bagi kebanyakan pengarang,
karya yang telah dihantar ke masyarakat adalah karya yang terbaik kerana
telah melalui proses sensor, pembaikan dan juga pengeditan. Lantas,
karya yang tersodor dalam masyarakat, adalah karya yang bersih, baik dan
perlu dijulang serta dipuja-puji setingginya. Haruskah begitu?
Saya telah menyediakan masa yang panjang, terbaik dan melelahkan sepanjang membaca dan meneliti karya empat pemenang genre puisi sayembara ITBM, Pena-BH ini. Memang tiada yang menyuruh saya berbuat demikian. Menyediakan sejumlah masa untuk mendapatkan karya terbitan ITBM yang sukar didapati di pasaran, menyediakan sejumlah wang ringgit yang sebenarnya elok untuk dibelanjakan ke arah yang lebih menyenangkan, malah akan berhadapan dengan serangan atau ketidakpuasan hati pengarang-pengarang yang akan saya amati dan perkatakan. Tapi sebagai sebuah tanggungjawab yang entah siapa memberinya, saya rasa terpanggil memperkatakan empat karya pemenang dalam genre puisi ini. Karya-karya yang saya lahap ialah Sidang Kultus karya Raihani Mohd Saaid, Taman Maknawi karya Shamsudin Othman, Laut Tujuh Gelombang Buih karya Rahimidin Zahari dan Negeri Kunang-Kunang karya Ridzuan Harun. Karya ini sudah diadili dan telah diketahui umum siapa pemenang pertama, kedua, ketiga dan saguhati. Saya tak mungkin bisa merobah keputusan tersebut, tetapi masih bisa memberi alternatif lain mengenai karya tersebut.
Sebelum berjalan jauh, tentu latar belakang kesemua pengarang pemenang ini sedia memberi gambaran, siapakah mereka dan kenapakah mereka berada di kedudukan demikian. Raihani Mohd Saaid, puteri sulung penyair mapan Dato Dr. Zurinah Hassan terasuh dengan suasana dunia kepenyairan ibunya. Memiliki sarjana muda dari Universitas Malaya dan sedang melanjutkan pengajiannya ke peringkat master pula. Shamsudin Othman, seorang dosen kesusasteraan di universitas Putra Malaysia dan menceburi genre puisi ini sudah lebih tiga dekad lamanya. Rahimidin Zahari, penyair dan pendalang muda yang sedang meletakkan dirinya sebagai pewaris Usman Awang, Latif Mohidin terus terpancar kelicikannya dalam mengolah bahasa dan menyusun aksara. Lintasan di atas pentas juga licik dan menarik. Sementara Ridzuan Harun, nama yang sedang ditatih sebagai ' bollduzer ' dalam dunia sastera Malaysia mutakhir. Seorang dosen di Akademi Seni Budaya Malaysia ( Aswara ) Dari sedikit catatan latar belakangnya, tiada siapa boleh mempertikaikan kedudukan mereka ini di atas pentas puisi tanah air.
Saya tidak akan mengulas mengikut urutan kronologi yang telah tersedia iaitu Ridzuan Harun ke Raihani Mohd Saaid. Kerana saya tidak harus berjalan di atas ril yang telah ditentulkan keazaliannya. Saya akan melihat Shamsudin Othman melalui Taman Maknawi nya. Taman Maknawi adalah lanjutan pengucapan Shamsudin dalam Taman Percakapan dan Tanah Nurani. Suara Shamsudin adalah suara datar yang mencangklung ke dalam jiwa pembacanya. Air nurani dari sumber sabda dan firman, hadith dan al-Quran, meleleh menjunam masuk ke nubari pembaca. Keseluruhan 31 buah puisi Shamsudin bernafas keislaman sehingga ia terangkum sebagai kumpulan puisi Islam.
Rahimidin melalui Laut Tujuh Gelombang Buih juga menyertakan 31 buah puisi. Keseluruhan puisinya berteraskan perdalangan wayang kulit. Medium yang cukup diakrapinya selama 3 dekad Rahimidin mengauli dunia sastera. Rahimidin membesar dalam sekitar yang memberangsangkan iaitu tanah serendah sekebun bunga yang kaya dengan wayang kulit, dikir barat, silat dan tomoy. Oleh itu suara yang terlontar darinya adalah suara milik peribadi Rahimidin yang sejati. Sebagai kumpulan puisi yang fokus pengucapannya adalah wayang kulit, tidak banyak yang dapat kita gali mengenai weltanchuoongnya mengenai dunia sejagat.
Berbanding dengan kumpulan puisi Sidang Kultus karya Raihani Mohd Saaid dan Negeri Kunang-Kunang karya Ridzuan Harun, tema sejagat , mikro, kosmos, empeti dan nostalgia, menyeluruh dan subur dalam taman puisinya. Raihani dilihat sebagai mencari percubaan yang lain daripada puisi-puisinya yang lalu. Walaupun terdapat 5 puisi berjudul Noir, puisi Raihani sejalur dengan suara kalbunya yang noir dalam lingkung nalurinya yang seakan memberontak. Raihani tidak sesyahdu Shamsudin dan sepetah Rahimidin dalam memperkatakan dunianya. Raihani merengkuh dunia bianglala yang kontang dan berselirat. Pengucapannya meledak dan tidak mesra pada pendengaran telinga. Bentuknya seperti keliaran Ahmad Razali Yusof atau Rendra dan menerjang terjang. Beliau menyatakan ia merupakan percubaan meninggalkan gaya persajakannya yang terdahulu.
Ada kecenderungan Raihani tidak serius dalam mengerjakan sesuatu topik atau subjek puisi. Lapan buah puisi terkandung dalam Naskhah. Bila diamat-amati, Naskhah hanya merupakan satu puisi panjang yang dipenggal-penggal menjadi lapan buah puisi. Namun ia tidak berulang pada Noir yang mempunyai empat bahagian. Ini jelas menunjukkan peserta sayembara tidak begitu mengambil serius tentang penghasilan mutu puisi yang mereka sampirkan kepada sayembara ini. Berbanding dengan sayembara Puisi Putra dan Hadiah Sastera Darul Iman di mana penyertaan warga sayembara sangat teliti dan bersungguh-sungguh. Hasilnya, pemenang yang diikhtiraf mencapai tahab mutu pertandingan.
Ridhuan lebih bernostalgia. Himbauannya jauh ke tanah-tanah seberang. Dalam Sepi Yang Paling Jauh terkesan tentang nostalgia berada di negeri tetangga. Kisah ini terakam dalam puisi Musi, Bandung, Cikini dan lain-lain yang mengambarkan kerinduannya terhadap tanah air tercinta. Suara Ridzuan lembut, menyampaikan salam yang jauh terhadap keterpisahan dua bangsa serumpun, seagama, sebudaya terpisah oleh batas geografi dan politik. Ridzuan mahu mendekatkan jarak itu dengan puisi. Kerana audion belum akrab benar dengan gaya Ridzuan, penampilan pertamanya dalam kumpulan puisi ini amat berjaya. Pada saya, Ridzuan seperti sebuah kamera yang menjepretkan gambar seutuh mungkin. Tiada tangan-tangan halus atau fikirannya yang ' merogol ' keindahan puisinya. Untuk itu barangkali Ridzuan terbaik di kalangan peserta yang lain.
Shamsudin dan Rahimidin terkepong dan terperangkap dengan skop yang dibinanya sendiri. Beliau mengurung dirinya dalam tema keislaman dan wayang kulit. Ini menyekat kedua penyair ini daripada mengeluarkan idea besarnya. Dalam sebuah sayembara yang rinci dan tidak memberi tema, Shamsudin dan Rahimidin tidak harus terikat dengan tema. Tetapi inilah yang dilakukan oleh mereka. Suara Shamsudin dan Rahimidin telah dikenali umum. Siapa yang membaca puisi Shamsudin dan Rahimidin akan dapat menebak penyairnya. Ini sepertimana kita mengenal Muhammad Haji Salleh, Kemala atau Latif Mohidin. Suara mereka telah terpatent oleh gaya bahasa peribadinya. Kenapa rata-rata pemenang hanya menyertakan sekitar selingkung 30 buah puisi. Barangkali ini syarat penyertaan wajibnya. Namun Ridzuan memberi 57 buah puisi dan dapat memperlihatkan keluasan weltanchuoongnya sebagai penulis muda. Antara ke empat-empat mereka, Ridzuan paling muda dari segi penampilannya sebagai penyair. Berbanding Rahimidin, Shamsudin dan Raihani, Ridzuan pada saya belum mencipta nama dan inilah permulaannya untuk beliau terus melonjak. Sekiranya Ridzuan gagal, Ridzuan hanya akan menambah senarai penyair seumpama ' Moechtar Awang '.
Pada saya, Raihani sepatutnya mendapat tempat yang lebih baik dalam sayembara ini. Pengucapannya tidak ' cliche ' dan nampak ada pembaharuan sama ada terhadap penyairnya atau pun ruang puisi itu sendiri. Raihani sebagai penulis muda, telah meneroka dunia ' noir ' yang sekarang sedang giat diterokai oleh golongan yang melabelkan dirinya indie. Indie tidak akan masuk ke dalam kelompok sastera, noir Raihani menyerlah akan membuka vakuum tersebut. Dr. Anuar Nor Arai telah merintisnya. Raihani menyambungnya..
Hasil sayembara yang agak mendukacitakan ini juga barangkali ada kaitannya dengan penghadan usia penyair yang menyertainya. Penyertaan dihadkan kepada penyair di bawah 45 tahun. Ini tentulah tidak menggalakkan penyair veteran menyertai sayembara ini. Barangkali akan lebih berhasil sekiranya sayembara ini diperluaskannya kepada umum juga termasuk penyertaan dari peserta luar negara yang berbahasa Melayu. Untuk itu, tema yang lebih global diperlukan untuk sayembara yang akan datang. Katakan tidak sekiranya memang tiada yang layak untuk mendapat hadiah pertama atau kedua. Bebarapa sayembara yang lalu telah meniadakan pemenang pertama atau kedua kerana difikirkan tidak layak. Ini tidak memalukan peserta atau penganjur tetapi akan mengahkan lagi dunia sastera tanah air. Hanya pencapaian tertinggi sahaja yang layak dinobatkan sebagai juara.

MARI KITA BERDOA UNTUK INDONESIA
marilah kita berdoa untuk indonesia
ketika gunung sinabung dan kelud meletus
jangan kita berputus harap dan rasa nelangsa
ini bumi kita di mana kita berasal darinya
dari tanah dan air, dari api dan baja
kita melata sebagai manusia yang beraja olehnya
kini bumimu menangis, bumimu bengis
lahar dan larva api dari mulut seluas vihara
marilah kita berdoa untuk indonesia
untuk sesama umat manusia yang miskin dan kaya
untuk mereka yang mohon simpati dari kami
bermohonlah untuk turunnya hujan
bermohonlah untuk sebuah nyalaan perasaan
dari seluruh umat manusia bernama kebaikan
dari roh paling dalam seorang insan
ketika kelud menebarkan sayap api dan debunya
di ronggaku berkiprah nanah yang ternyata hanyir
ini tubuh kita bersama, cinta seganda buana
dan lautan api itu nafas kita seisi nusantara
menangislah, selagi ada air mata bernama cinta
kau saudaraku, kupeluk keredhaan seluas kalbu
marilah kita berdoa untuk indonesia
pada malam-malam gelita ketika semua manusia terlena
ada saudaramu membuang tidurnya dan terjaga
saat meletus abu debu bersama batu
mengenai ubun-ubun dan seluruh tubuh tak menentu
kutebarkan asin dan mulus kalbu berdoa
ya rahim, ya rahman yang berkuasa
kau bangunkanlah roh pada kelud dan sinabung
kau pesankanlah pada kami yang lemah dan tertidur
bahwa telah tiba saatnya datang peringatan pada yang takabur
bumi telah murka dan gunung telah mengatur rencananya
sekiranya, malam ini kelud dan sinabung meletus lebih ganas
awaslah kalian bahwa itu hanya sedikit dari peringatan tuhan
kepada malapetaka yang lebih besar
menyambar seluruh bumi tuhan
menjadi puing-puing yang tak bakal dapat terelakkan
14 rabiulakhir 1435/ 14 februari 2014

BIOGRAFI HAN DAN MEMBACA SEORANG HANNA
Dalam kesusastraan Modern Indonesia, belum lagi saya temui biografi penyair yang diungkap dalam kata dan syair seluas ini. Hanna Fransisca ( Zhu Yong Xia ) adalah satu nama yang tiba-tiba membrundal dalam sastra Indonesia, bukan saja ucapan yang ril, tetapi pendedahan biografi dirinya yang deng-dengan. Misalnya dalam pengantar buku Konde Penyair Han, Hanna begitu teliti dan telaten menulis biografi keluarga Han. Hanna menulis, sejak kecil saya menyukai kesendirian: cara menulisnya seperti sebuah cerpen. Dengan judul Konde dan Rambut Saya Yang Jelita, Hanna bercerita selancar air mengalir.
Di belakang rumah saya ada hamparan semak, di depan rumah tak ada bunga-bunga yang bisa ditanam ( halaman rumah yang bisa ditanami adalah kemewahan yang tak dimiliki keluarga kami ), maka puluhan bunga-bunga liar, serta warna-warna ilalang yang sering berubah setiap musim berganti, menjadi surga bagi kesendirian. Saya sering kali terpesona dengan kerisik angin yang menompa ratusan ilalang, bunyi unggas milik tetangga, burung-burung kecil yang liar, serta binatang-binatang halus yang sentiasa beterbangan ketika malam tiba. Saya selalu membayangkan mereka cukup bahagia.
Ini suasana yang menjadi bekal untuk Hanna menjadi seniman kemudiannya. Tanpa pengalaman sedemikian, apakah Hanna akan tumbuh seperti sekarang? Apakah Hanna hanya mengutip dari baca dan cerita lalu menompanya sebagai sebuah cerpen atau puisi? Inilah pengalaman yang cukup mahal namun sekiranya Hanna tidak hadir menjadi penyair, apakah kita akan berkongsi pengalaman tersebut dengannya.
Kemudian Hanna menceritakan zaman persekolahannya. Katanya, setiap pagi saya berangkat ke sekolah dengan sepasang sepatu yang paling buruk. Sungai dan gemericik air yang selalu saya lewati ketika pergi dan pulang adalah keajaiban lain yang tertinggal menjadi ingatan. Gema para perempuan yang mencuci pakaian, suara kain basah yang dibanting di atas papan, serta mulut anak-anak yang berteriak memanggil ibunya. Saya melihat para perempuan, anak-anak, dan sungai jernih yang mengalirkan kehidupan panjang sesuatu yang mengandung bahagia.
Dalam puisi-puisinya juga ada terselit sebuah biografi keluarga dan dirinya. Sajak Di Sudut Bibirmu Ada Sebutir Nasi ( biografi han ) Singkawang Petang, Amoi dan Air Mata Tanah Air, Hanna ternyata telah melengkapkan biografinya dalam diari kesusasteraan Indonesia yang gencar ini. Sajak Di Sudut Bibirmu Ada Sebutir Nasi terdapat pada halaman 22 hingga 25. Sajak panjang ini ditulis seperti ini;
1.
maaf. mulut adalah lubuk biru
tempat rimbun anggur dan lembut kabut
ada gerimis kecil pagi hari. ada matahari
dan tujuh warna pelangi
ada wangi gadis sehabis mandi
maaf. di kuburan kita janji ketemu
hantu lelaki yang menggigil lantaran istri
yang mati. sebut sembarang saja
namanya: aliong, aliung, along
atau nama lain seperti hartono, hartanto
hardoyo, atau nama lain yang semisal babi licik
maling baba, - bukan pribumi
atau sebut nama lain sesukamu. maaf
maaf, maaf. mulut adalah lubuk biru
2.
pada sebuah malam, sebelum ia mati
perempuan itu berjanji punya kekasih
setelah tak lulus SMP negeri, setelah guru
tulen pribumi dengan pasti mengatainya:
" di sudut bibirmu ada sebutir nasi
bukan tempatmu tinggal di sini "
sejak itu ia membuang mimpi
terbang memungut bintang
sejak itu ia selalu melihat: ada sebutir debu
terjungkal di sudut jurang
sebab hanya orang jatuh cinta bisa lancar bicara
laut, gugutan daun hutan kalimantan, ombak natuna
lereng merapi, lembah ngarai bukit barisan
kemilau sayap seribu capung di bantimurung
seluruh tanah kelahiran yang disebut negeri. ai
sedang ia tak pernah bisa sebut nama sendiri
ia tak ingin hidup ampai mati di sini
mungkin kelak ia pandai menghitung koin
melipat ruko dan barang kelontong demi harga diri
tapi ia sungguh tak ingin tidur dan mati
di dalam peti. satu hal pasti: sejak disapa
guru pribumi jadi noni, ia lantas berhenti
membaca negeri. ia putuskan
tak lagi jatuh cinta. di sudut bibirmu
ada sebutir nasi. " engkau hanyalah tamu
tanah dan air, menunggu di beranda
sampai mati " ai. maaf
betapa rabun matahari di tebing mimpi
rambutmu tumbuh hitam sesubur hutan
sepanjang musim penghujan, pipimu putih
hamparan pasir-pasir kemarau
di pulau-pulau sunyi. ada gerimis di pagi hari
ada matahari dan tujuh warna pelangi
3.
kekasih sejarti selalu datang malam-malam
dari sunyi gelap sendiri, noni. mengajakmu
melihat jendela, membacai peta, memunguti kembali
bintang mati, dan menyihirnya jadi namamu
kekasih sejati datang berkali, noni, menculikmu
di petang siang. mencumbu wangi hari-hari
mengajak selingkuh dalam nikmat setubuh
pertama kali
kekasih sejati mengetuk pintu pagi sekali, noni
memberimu bunga warna-warni, lalu bilang sekali lagi
" kelahiranmu di bumi pertiwi
membikin wajah negeri cantik sekali "
Tapi lelaki lain, yang kausebut sembarang: aliong
atau hartono, atau baba, bukan pribumi
membisikkan kata yang membuatmu kembali tiada:
" apa guna engkau membaca? marilah kita
menjadi tikus baba, kawin dan beranak
di gorong-gorong baba, membuat lubang
menjadikannya pipa baba, yang kelak menembus kota!
mari kita balas dengan katakan bedebah
kumpulkan senjata nasi jadi gemerincing kunci
buat apa engkau mencinta? kita akan kawin
bikin perahu dan penuhi koin, seberangkan kunci-kunci
melintas lautan, ke mana saja ke semua benua:
itulah tanah air kita! maaf. mulut adalah lubuk biru
4.
nyanyian baba, nyanyian hantu di negeri air mata
kekasih memberi cahaya, suami memainta nyawa
di kuburan kita janji bertemu. apakah cinta
serupa batu nisan tegak setia atau serupa kuburan
yang dikenang saat ingat waktu sembahyang?
leluhur-leluhur mati di atas perahu. meski kekasih
datang memberi wangi, jaring-jaring menghalau tikus
di benteng ruko, di papan nama pecinaan
di mulut ibu guru yang menyebut namamu noni
di kepala anak-anak yang mengaku diri pribumi
di benak mereka yang selalu menunggu waktu
untuk membakar buku kemaluanmu. maaf
di kuburan, kita telah bertemu
Membaca catatan dan puisi berupa biografi, kita mulai terkesan dari mana Hanna bermula. Ini kekuatan Hanna yang tidak dipunyai oleh penyair lain hatta penyair yang bergelar pribumi seperti yang berulangkali Hanna tekankan. Melalui puisi ini ternyata Hanna melalui jalan yang sukar sebagai etnis minoritas Cina di tengah kelompok miyoritas pribumi.
Dalam Singkawang Petang, biografi Hanna semakin jelas. Puisi ini ditulis sedemikian:
1.
di rumah deru, kotamu berdentang sepanjang petang
deretan toko dan jalan simpang. kuil naga mengaumkan
dupa, menuju sunyi bagi pertapa. sungai mengalir ke
pusat semesta
o dewiku kwan im, singkawan menggema dari dua
susumu
hingga ketemu batu api
di pusar dara
" adik, naik kapal ke laut taiwan, kupegang rambutmu
di bahu abang. bulan di geladak
lebih indah dan terang
dibanding langit singkawang
( bukan cinta mendayung perahu, abang. bukan.
tapi terang kota dan gaun sutra, yang kaujanjikan
di tanah seberang. akan kulumat bintang gemintang
seribu surga seratus permata, lantaran dara singkawang
pergi bersama abang. semata
hanya untuk berperang )
Ada banyak orang tua di Singkawang yang mengharapkan agar gadis-gadisnya bisa dipinang oleh lelaki Taiwan. Mereka percaya bahwa nasibnya akan terangkat jika salah satu anak mereka bisa dipinang dan dibawa ke Taiwan. Untuk itu, mereka bersembahyang di kuil secara khusus untuk meminta agar memberi restu. Uang susu berupa mahar yang akan dibayar oleh lelaki Taiwan kepada kedua orang tua gadis. Harga mahar yang sepenuhnya menjadi hak milik orang tua gadis, ditentukan berdasarkan tawar menawar. Biasanya berkisar antara 5 hingga 15 juta rupiah, bergantung pada kualitas gadis yang ditawarkan, serta kedudukan pria yang menawarkan. Parabola, atap seng, piring dan gelas kaca adalah identitas kebanggaan yang menandakan bahwa mereka kaya, atau setidaknya harus dianggap kaya. Benda-benda itu memiliki gengsi yang tinggi di mata masyarakat. Biasanya, orang tua yang boleh berhasil menjodohkan anaknya dengan lelaki Taiwan, dan telah menerima uang susu atau mahar, mereka akan memasang antena parabola sebagai tanda bahwa mereka sukses.
Jamal D Rahman menyatakan bahwa Hanna sangat berhasil dalam puisinya dari sudut estatika bahasa. Puisi ini menjanjikan sejak dari judulnya lagi, Singkawang Petang. Bukan saja indah secara rima, juga membangkitkan suasana dan asosiasi yang nanti sejalan dengan seluruh nada dan isi puisi.
sebab dentang singkawang sepanjang petang
alis seribu dara
tegak membara. dari rahim kulit tionghua, kemarau
gundul pepohon abu
di lorong pecinan kota dan desa, apak dan amok
menghunus batu melempar dupa
di gerbang vihara mereka tersedu: " cukup kami saja
pemikul samsara abadi
dari leluhur sudra di kubur bisu - tanpa arak tanpa
warisan harta
maka wahai dewa penjaja asmara, dewa bumi
pemberi rezeki, thian agung pemelihara surga
neraka, jadikan anak dara kami cahaya wajah pualam
kulit terang purnama malam, payudara selembut
semangka dalam. ajarkan mereka
asmara pemikat sukma, sisipkan azimat lezat dari
vigina seliat naga. biarkan
mereka pergi dibeli lelaki, agar kami dilimpah rezeki
Orang tua masyarakat Singkawang, memegang teguh leluhur yang memberi nasihat, yang mengharuskan perempuan selalu tunduk dan patuh di bawah kekuasaan lelaki. Anak perempuan sama sekali tidak punya suara dalam keluarga. Dan apabila anak gadis Singkawang meningkat dewasa sekitar umur 13 atau 14 tahun, akan berkeliaran Mak Combang, istilah bagi menyebut agen perjodohan, berkeliaran untuk mencari gadis-gadis remaja, dan menjodohkannya dengan pria-pria Taiwan yang datang ke Singkawang. Rata-rata lelaki Taiwan memiliki kebiasaan mengunyah pinang, lebih-lebih para lelaki tua. Maka istilah ' pengunyah pinang ' sangat dikenali di Singkawang, yang bisa juga dikenali sebagai pencari jodoh.
Anak-anak gadis Singkawang seringkali ditakut-takutkan dengan segala jenis kutukan. Kutukan ini akan terlontar jika batas kemarahan sudah tidak bisa ditolelit. Dan bagi generasi tua di Singkawang, menjelang imlek adalah waktu yang ditunggu-tunggu, karena anak-anak yang merantau akan kembali makan bersama dengan kaum keluarga. Jamkai, ayam kampung jantan yang telah dikebiri, dan kaki babi, adalah persembahan wajib, dalam tradisi lama, dari menantu lelaki pada mertuanya pada hari perayaan seperti imlek, pecun dan moon cake. Chengbeng merupakan hari sekar. Hari di mana anak-anak menunjukkan rasa baktinya pada orang tua yang telah tiada dengan memberikan perlimpahan jasa berupa persembahan berupa berbagai hidangan di atas kubur orang tua mereka.
Dalam puisi dan cerpen, Hanna bercerita tentang sosio-budaya masyarakat dan etnis Tionghua terutamanya di Singkawang. Dengan hanya membaca kisah yang ditulis secara cereka, kita yang pribumi bisa mengenali minoritas Cina di tanah air kita ini.
Pribumi harus berasa malu, karena negara mempunyai seorang Hanna Fransisca. Hanna yang masa kecilnya terkucil, dewasanya membentuk pribadi yang mulia. Melihat gejala korupsi yang rata-rata dilakukan oleh pribumi yang menduduki papan atas, Hanna bergumam melalui media Mer Psy yang dipimpinnya. Kata Hanna, para intelektual, orang-orang terpelajar - mereka yang saling berdebat dengan kerut muka yang semakin bertambah tua. Di layar-layar televisi, para pembaca berita yang cantik dan wangi dengan mulut tersenyum. Ada wajah-wajah kusut yang silih berganti muncul di ruang sidang, tempat para pengacara dan ahli hukum menyembunyikan dirinya rapat-rapat di balik buku-buku tebal teori keadilan ( seperti pencuri yang mengendap-endap di tengah malam ) Pemimpin partai, para politis, berjas rapi, gerombolan cukong politik dan calo-calo kaya, mereka berbaur bersama-sama dan meneriakkan kata palsu yang sama " bersama rakyat kita perangi korupsi! "
Hanna yang sewaktu kecilnya terdampar di suatu daerah yang suram dan seram di Singkawang, yang pernah dikatai oleh guru tulen pribumi, " di sudut bibirmu ada sebutir nasi, bukan tempatmu tinggal di sini, " juga " engkau hanyalah tamu tanah dan air, menunggu di beranda sampai mati ", kini menjembar jendela intelek dan kemanusiaannya. Lontaran suaranya merumus korupsi dengan tegas, jika tidak, bagaimanakah kita bisa memahami ribuan massa yang mengelu-elukan pejabat yang dibebaskan dari penjara lantaran korupsi? Mereka menjemput ' tokoh kita ' di pintu penjara dengan sukacita, mengaraknya dengan kegembiraan, serta menyaksikan bagaimana tokoh kita bersujud mencium tanah, seolah-olah apa yang telah dialami oleh tokoh kita adalah sebuah penzaliman atas seseorang yang tiada bersalah. Beginilah Hanna berkomentar, melihat betapa manusia yang sepatutnya terpuji karena kedudukannya di papan atas penguasa, menjadi srigala yang memangsakan segalanya milik rakyat dan masyarakat. Inilah Hanna dari tanah Singkawang yang telah berubah menjadi pemikir dan insan berperasaan. Dari lembah hitam kecamatan Singkawang ke metropolitan Jakarta dengan seribu kemungkinan.
Subscribe to:
Posts (Atom)