Sejak daripada awal penulisan cerpen Anwar Ridhwan, terdapat tanggapan bahawa karya beliau adalah teks pascamoden. Cerpen-cerpennya seperti Sesudah Perang, Parasit, Perpekstif, Perempuan, Gua dan Pandangan Darat dan lain-lain sarat dengan eleman tersebut. Apabila beliau cuba bereksperimen dengan novelet Di Negeri Belalang ( Marwilis, 1989 ) yang sarat dengan anokronisme dan simulacrum, kesatuan teks pascamodenisme di tangan Anwar semakin kejap.
Penghasilan Naratif Ogonshoto ( Matahari, 2001, 247 hal. ) dikatakan berunsur metafiction ( Awang Azman Awang Pawi: 2002: 11 ) Ini bersandarkan definisi Jeremy Hawtorn ( 1992:164 ) it is generally used to indicate fiction including any self - referrantal element ( the mematic patternings can also contribute the formation of the metafictionals effect in the works ).. metafiction typically involves games in which levels of narrative reality ( and the reader's perpection of them ) are confused, or in which traditional realist conventions governing the separation of mematic and deagatic elements are flouted and thwarted..
Saya cuba melihat Naratif Ogonshoto dalam acuan struktur Sejarah Melayu. Dalam Sejarah Melayu, penerapan metos mengangkat tradisi asal-usul seperti tempat dan tokoh. Dalam Naratif Ogonshoto juga, naratif ( penceritaan ) adalah berelemenkan sejarah dan Ogonshoto ( nama tempat ) seperti juga nametag Melayu. Bila dikaitkan jodol Naratif Ogonshoto dan Sejarah Melayu, ia sangat bersamaan daripada pengertian makna dan harfiahnya. Dari situlah saya kira, penulisnya menyusun dan bertolak.
Dari segi perkembangan naratif, tradisi ini disusun mengikut urutan. Ia dimulai dengan Pasai di mana naratif mengenai kerajaan tua Pasai-Perlak, seterusnya asal-usul Singapura, Biawak Busuk di Muar, Melaka, Patani dan seterusnya. Persamaan ini dapat dilihat apabila kapal Kawai Maru menyelusuri Ogonshoto yang mempunyai pulau-pulau lain seperti Rai-Rapa, Gora-Gora dan Futu-Ata. Dalam semua keadaan, tradisi ini disatukan dengan tokoh tempatan ( selalunya di kalangan raja dalam Sejarah Melayu ) begitu juga dengan Ogonshoto setelah diperkenalkan tempat lalu dilisankan tokoh. Tokoh dalam Naratif Ogonshoto adalah Kolonial, Jeneral, Diktator atau Presiden. Bagi menggambar watak Presiden, Anwar melukiskan;
Di Ogonshoto, tidak ramai orang yang punya ganti nama yang muluk-muluk, yang asalnya berupa gelaran untuk dewa-dewa. Jumlahnya boleh dibilang dengan jari sebelah tangan. Ketika gebang-gebang dengannya dalam suasana tidak resmi pun, orang tetap memanggilnya dengan gelar dewa-dewa itu. Kata orang, dewa-dewa tidak pernah merendahkan darjatnya walaupun ketika tidur, sanggama atau membuang kotoran melalui duburnya.
Tetapi Presiden, bagi mereka yang tidak menyukainya, juga mempunyai gelar-gelar lain. Mereka mencari dan memberi gelar itu kepada Presiden. Entahlah, sama ada Presiden pernah mendengar gelar itu atau tidak. Bermacam-macam gelar seperti Belut Selat Morauka kerana tubuhnya licin dan licik. Dewa Badak kerana sifatnya yang tak pernah kenyang. Kalau boleh lahar gunung berapi pun mahu ditelannya. Monyet Hitam bukan kerana mukanya yang hitam dan hodoh tetapi perangai Presiden yang busuk dan kotor. Yang lebih manis ialah Kolonial. Natif kepada kolonial atau order baru! ( hal. 9-10 )
Biarpun didengarkan pada telinga Presiden gelar yang muluk-muluk sepertimana cara Presiden memotretkan biodata palsunya, sebenarnya Presiden adalah anak haram ( anak luar nikah! ) Presiden adalah anak haram Malagana yang selalu merayau-rayau di pantai Tanjung Takatea. Terjadinya anak haram ini adalah kerana banyaknya kelasi/nelayan yang melepaskan nafsunya setelah berbulan-bulan di lautan kepada pelacur-pelacur Tanjung Takatea dan salah seorang anak haram yang lahir itu adalah Presidennya yang telah digilap dalam autobiografi palsu... yang dicatat ialah seorang nakhoda kapal Eropa yang sudah lama memerhati kepintaran anak kecil Malagana. Mahu dipinta pada orang tuanya bagi membolehkan dibawa ke Eropa, sudah tentu akan keberatan kerana anak kecil ini dapat dijadikan pembantu untuk hari tua kelak. Oleh itu si Eropa membawa anak kecil Malagana yang cerdik ini tanpa pengetahuan orang tuanya. Itulah pembohongan autobiografi Presiden yang dibeberkan ke mana-mana.
Dalam Sejarah Melayu, naratif/ perawi menceritakan tentang Sultan Mahmud dan pertembungan historical dan non-hostorical ( fiktif ) dengan Puteri Gunung Ledang. Watak Puteri Gunung Ledang sebagai fictitious ada persamaan dengan anak perawan lelaki tua berkarisma pencabar Presiden. Anak perawan ini cuba digundiki oleh politikus muda ( suruhan Presiden ) Dengan siasahnya anak perawan berjaya digundiki. Namun untuk disenggama, politikus muda gagal. 100 hari yang diperuntukkan oleh anak perawan untuk dapat menyanggamainya gagal ditunaikan ( ini sudah tentu mengambil teknik Hikayat 1001 Malam ) Halaman 171-175 menyerlahkan kegagalan politikus muda yang rakus mahu menyetubuhi anak perawan bagi menghonorkan egonya mati beragan ( dengan anunya tegak tak terkulai kerana kempunan ) Tetapi untuk menyemadikan politikus muda ini, anunya harus ditundukkan. Kalau tidak, kedua-dua madunya akan kempunan untuk mendapat harta peninggalan politikus muda ini. Demi harta, kedua-dua madunya memberi izin anak perawan ini untuk menyetubuhi mayat politikus muda bagi menundukkan anunya. Namun bukan anak perawan itu menyetubuhi mayat politikus muda, sebaliknya dipotong anunya untuk diberi makan burung hering yang pernah menabrak mayat ayahnya yang dibunuh oleh politikus muda dahulu. Apabila kemah antara pusat dan lutut itu kelihatan rata ( anunya sudah dipotong ) mayat politikus muda pun disemadikan.
Gambaran ini jelas menyamai syarat Puteri Gunung Ledang untuk diperisterikan Sultan Mahmud. Syarat yang diberikan ialah jambatan emas dan perak dari Gunung Ledang ke Melaka. 7 dulang hati nyamuk. 7 dulang hati kuman. 7 tempayan air pinang muda. 7 tempayan air mata. Dan semangkuk darah anak raja. Walau pun kesemua syarat itu diperkenankan oleh Sultan Mahmud yang bersultan di mata beraja di hati, tetapi semangkuk darah anak raja itu gagal dipenuhi.
Kalau dalam Sejarah Melayu, perawi menyuguhkan kita sesuatu yang didaktik, amusing dianecdotes yang bersifat humor dan wit, Naratif Ogonshoto juga begitu. Misalnya dalam Sejarah Melayu dinukilkan setiap watak dan witnya seperti Sultan, Bendahara, Laksamana, Orang Besar Istana dan lain-lain. Dalam Naratif Ogonshoto menukilkan Presiden. Politikus Muda, Lelaki Tua dari Turi, Pemuda dari Banaba dan Orang Tua Resi. Jadi saya melihat bahawa kedua-dua teks ini adalah dokumen sosial yang disatukan secara literary creation. Ini dapat dilihat dengan amanat ini " supaya diketahui oleh anak cucu kita yang kemudian daripada kita, dan boleh diingatkannya oleh segala mereka itu. Syahdan adalah beroleh faedah ia daripadanya... "
Apabila terjadi natif dan matlamat kepengarangan seperti ini, maka kebenaran fakta di dalam naratif tidaklah dipentingkan lagi. Anwar dalam Epilog Tsunami menulis begini, naratif-naratif itulah yang turut kami bawa ke Kawai Maru, ke pertiduran kami, menjelang tidur, ketika Kawai Maru dibuai batang-batang gelombang, naratif itu muncul di dunia ingatan kami yang samar-samar dan beralun-alun. Hanyut kami dalam dunia ingatan samar itu, hanyut juga mengikut getaran alun yang entah kerana oleh Kawai Maru entah belai seorang ibu kepada anak kecilnya, kerana segala bayangan mulai berbaur. Hanya naratif itu pun seakan-akan meluncur bersahaja dari bibir ibunda... ( hal. 242 )
Dalam hal ini saya sangat kagum dengan Anwar sebagai perawi/ penglipurlara moden. Dalam Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman, perawi ini dijatuhkan kepada Pak Hasan, tokoh tradisi yang gelap terang antara dunia masa lalu dan masa kini. Dalam Naratif Ogonshoto, Nooru-San diserahkan sebagai perawi, seorang tua yang terbuang di tanah Sakura berasal dari Okigawa ( Kali Besar/ Sungai Besar?? ) di tanah Jawi berhutan bakau di pinggir Selat Melaka.
Anwar Ridhwan, tukang cerita yang mengantar wacana pemikiran besar Melayu. Beliau mahukan karya besar Melayu dalam rahim Melayu yang bertaraf universal. Karya multilayer ( berlapis-lapis ) dalam Sejarah Melayu adakalanya sebagai post-eventum. Unsur-unsur mimpi sebagai anakdot real dan unreal seperti Freud mengagaskan id, ego dan super-ego. Kerana jika diperhatikan seluruh penulis babad, aspek cerapan ( composition ) dan kreativiti, semuanya hampir selari. Ini memudahkan Anwar mengambil semua bentuk babad untuk menghasilkan sebuah naratif iaitu Naratif Ogonshoto.
rujukan
1. Persejarahan Melayu Nusantara ( Mohd. Yusoff Hashim, Teks Publishing, 1988 )
2. Naratif Ogonshoto ( Matahari. 2001 )
3. Dewan Sastera ( Desember 2002, April 2006 )
No comments:
Post a Comment